JTS - Our Testimonials

Back to top


Our
Testimonials

Have suggestions to make your next trip with us better? We would like to hear you, send us your feedback here.

WHAT THEY SAY ABOUT HAJ

    Nasib baiklah kita cuma dapat peluang menunaikan Haji hanya sekali. Kalau tidak, memang Jalaluddin yang akan saya cari lagi! Saya amat berpuas hati dan Ustaz bersikap terbuka orangnya. Sememangnya, Jalaluddin adalah pilihan yang tepat!

    Jemaah Haji 2016

WHAT THEY SAY ABOUT UMRAH

    Pegawai semua sangat professional! Mutu perkhidmatan yang amat tinggi. Terbaik! Teruslah kekalkan taraf perkhidmatan sebegini. Syabas!

    Jemaah Umrah 13H 02-Dec-16

    Pegawai-pegawai amat prihatin akan keperluan kami. Mereka sopan dan sabar dan selalu tak lokek dengan senyuman.

    Jemaah Umrah 13H 02-Dec-16

    Thank you Puan Normah for being such a cool pegawai! You are one of the reasons why my first Umrah was a wonderful experience!

    Love, Farhanah Aziz & Family

    Amat memuaskan. Ustaz Najib dan Ustaz Marzuki banyak memberi tazkirah yang amat baik. Doa-doa ketika kami mengerjakan ibadah amat jelas. Terima kasih, Ustaz.

    Jemaah Umrah 13H 02-Dec-16

    Hj Jumat & Hjh Halimah memang terbaik! Mengambil berat tentang jemaah. Menghantar kami sekeluarga ke klinik bila kami kurang sihat, even offered door to door delivery for medicine. Mereka berdua always listen to our feedback and complaints attentively. Very caring. Murah hati belanja ice-cream and coffee. Never fail to make us happy! What a morale-booster! Terima kasih sangat-sangat!

    Salam, Muhammad Oskanoor

    Hjh Halimah & Hj Jumat buat yang terbaik dalam menjaga jemaah. Good efforts seen to take care of sick jemaah, sacrificing their own rest.

    Jemaah Umrah+BMQ 15H 07-Dec-16

    Cekap, cergas dan amanah. Hjh Halimah & Hj Jumat telah memberikan perkhidmatan yang amat professional dengan layanan yang teramat ikhlas dan mesra. Para pegawai yang lain juga telah memberikan khidmat yang amat membanggakan. Keluarga saya amat berpuas hati dengan mutu perkhidmatan JTS keseluruhannya. Alhamdulillah. Semoga Allah memberkati segala amalan mereka. KEEP IT UP, JTS! Jazakallah khairan.

    Jemaah Umrah+BMQ 15H 07-Dec-16

    Hjh Suzanah ikhlas dan bertanggungjawab ketika menjalankan tugasnya. Syabas.

    Jemaah Umrah 13H 02-Dec-17

    Hjh Suzanah sangat accommodating dan cuba sedaya upaya to provide her service kepada para jemaah. Terima kasih.

    Eddie Iskandar, Noryati, Fatimah & Sekeluarga

    Hjh Suzanah amat penyabar dan accommodating. Glad to have her as our pegawai!

    Punggot & Faridah

    Keseluruhannya amat memuaskan. Pegawai peramah dan sedia membantu. Kekalkan perkhidmatan anda yang cemerlang itu.

    Jemaah Umrah 15H 02-Dec-16

    Pegawai bekerja keras untuk memastikan perjalanan dan keselesaan kami sentiasa OK.

    Jemaah Umrah 12H 16-Dec-16

    There was close communication between pegawai and jemaah. They are proactive.

    Jemaah Umrah 12H 16-Dec-16

    Hj Nazhar & Hjh Sarimah memberikan perkhidmatan yang amat cemerlang. Komunikasi jelas dan mereka sentiasa berinteraksi dengan jemaah secara peribadi, dan menanyakan khabar jemaah sewaktu makan. Setiap pertanyaan dijawab dengan cepat dan permintaan dipenuhi dengan baik.

    Jemaah Umrah 12H 16-Dec-16

    Saya berpuas hati dengan pegawai Hj Halil yang menjaga kami dan layanannya yang memuaskan. Begitu juga Ustaz Rashidi yang banyak beri kami tunjuk ajar dan menjawab soalan-soalan kami.

    Jemaah Umrah 12H 16-Dec-16

    Sangat prihatin dan menjaga kami dengan baik sekali. Cukup penyabar dengan kerenah kami. Sangat puas hati!

    Jemaah Umrah 12H 30-Nov-16

    Hj Elias sentiasa ceria dan sabar. Dia sedia memberi bantuan kepada kami dan pandai layan kerenah jemaah-jemaah. We had a very fun and enriching experience. Thank you! Also to Ustazah Nur & Ibu Diah yang membawa kami ke Ar-Raudhah amat berpengalaman dan menolong kami masuk dengan cepat dan selamat.

    Jemaah Umrah 12H 30-Nov-16

WHAT THEY SAY ABOUT TOUR

    Bestlah dapat ke Terengganu, walaupun perjalanannya agak jauh melalui bas. Hotel yang digunakan pun baik, makanan pon OK. Kami juga dilayan seperti VIP!

    Jemaah Wisata Qurban D'Terengganu

    Ada beraneka macam keropok di sini yang sangat enak dibandingkan dengan yang ada di Singapura. Overall, a good insight to Kuala Terengganu.

    Jemaah Wisata Qurban D'Terengganu

    Masjid Kristal sangat indah dan menenangkan! Hjh Ellia menjaga kami dengan baik, walaupun kami lanjut usia dan perlu sering buang air kecil. Oh, tak lupa juga sesi makan durian yang sangat manis sekali!

    Jemaah Wisata Qurban D'Terengganu

    Gembira sebab dapat makan banyak! The food places that they bring us to serve food in large proportions! Puas hati bila makanan disediakan dan perut kenyang. :P

    Jemaah Wisata Qurban D'Terengganu

    Aktiviti menaiki jeep sangat menyeronokkan dan rasa bersyukur dapat menikmati keindahan alam semulajadi.

    Jemaah Wisata Korban Jogja

    Eventhough we are but a small group, it feels like I'm going for a honeymoon since most of us are couples!

    Jemaah Wisata Korban Jogja

    Alhamdulillah, kami dapat menyaksikan ibadah korban dilakukan dan bantuan yang diberikan kepada penduduk fakir miskin di sini. Hjh Surinia menjaga kami dengan baik dan segalanya diuruskan dengan teratur.

    Jemaah Wisata Korban Jogja

    Saya dan isteri rasa rendah diri dapat menunaikan solat Aidilfitri bersama penduduk tempatan dan menjamu juadah istimewa bersama mereka.

    Jemaah Wisata Korban Jogja